Definisi Hari Asyura
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang
diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal
daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud
sepuluh . Manakala Asyura ( ﻋﺎﺷﻮﺭﺍﺀ ) ialah hari
yang kesepuluh dalam bulan Muharram ( ﺍﻟﻤﺤﺮﻡ )
di dalam kalender Islam. Mengikut masyarakat
Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak
sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para
nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam
menghormati hari tersebut seperti juga yang
diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
.
Sejarah Hari Asyura
Pada masa zaman sebelum Islam, ‘Asyura’
diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab .
Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur
menyambut ‘Asyura’ . Mereka merayakan hari itu
dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari
Nawruz yang dijadikan hari raya di negara
Iran. Dalam sejarah Arab, hari Asyura (10
Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada
hari itu setiap suku mengadakan perayaan
dengan mengenakan pakaian baru dan menghias
kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang
dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari
raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah
kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani
Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah S.A.W.
iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang durhaka pada pemerintahan.
Asyura
on
0 komentar:
Posting Komentar